Sambungan artikel PERTAMA
Oleh: H. Rosidi Semail (Rossem)
Sebulan selepas pengiriman surat itu, tanggal 16 Januari 1948, Haji Sulong ditangkap bersama beberapa orang sahabatnya yaitu Wan Uthman Wan Muhammad, Haji Wan Hussain dan Wan Mohamad Amim. Dengan tertangkapnya Haji Sulong perundingan damai yang diusahakan Tengku Mahmood Mahyuddin dengan pemerintah pusat di Bangkok terhenti. Haji Sulong yang bergerak secara damai dianggap sebagai penentang dan pemberontak. Padahal pergerakannya bukan untuk memerdekakan empat wilayah umat Islam di Selatan.
Berita penangkapan Haji Sulong tersebar luas. Timbul reaksi daripada masyarakat Islam lokal dan macan negara. Pada 19 Januari 1948 pengikut beliau berdemonstrasi di depan balai polis Teluban, tempat Haji Sulong ditahan. Menuntut supaya pihak kerajaan memberi sebab, kenapa Haji Sulong ditangkap. Tuntutan tak dilayan. Haji Sulong dipindahkan ke penjara Pattani, kemudian ke Nakom Sri Thammarat, diantara alasan diberikan ialah; Haji Sulong mempunyai pengikut yang ramai di Pattani, kalau terus ditahan di wilayah itu khuatir pengikutnya akan berbuat sesuatu yang bisa kerosakkan keamanan.

Pertengahan Juni 1952, Haji Sulong dibebaskan dari penjara setelah 4 tahun berada dalam tahanan. Kepulangannya ke Pattani disambut ribuan umat Islam. Mereka menunggu di stasiun kereta Kokpor. Umat Islam masih mengharapkan kepimpinan Haji Sulong. Buktinya majlis pengajian Haji Sulong semakin diminati orang banyak. Masjid tempat beliau menyampaikan pengajian penuh dengan jamaah, Pengaruh Haji Sulong ternyata semakin kuat. Kondisi itu menyebabkan Pemerintah Thai bimbang. Gubernur wilayah, Phraya Rattanapaldi mengeluarkan instruksi (24 Desember 1953) untuk menutup majlis pengajian yang Haji Sulong.
Sejak itu Haji Sulong tak dibolehkan mengajar. Instruski itu membuatkan Haji Sulong menulis surat langsung kepada Luang Sanavin Viwat, Menteri Dalam Negeri untuk menjelaskan bahwa beliau tak berniat menentang pemerintah dan menuntut kemerdekaan.
Antara lain suratnya berbunyi:
Saya hanya mengajar agama kepada orang yang datang untuk belajar secara sukarela. Buat masa sekarang saya tak kemana-mana, hatta ke majlis khawin atau kematian, supaya tak dituduh melakukan aktivitas yang tak disukai pemerintah.
Surat Haji Sulong ditolak. Menunjukkan tindakan gubernur wilayah direstui pemerintah pusat di Bangkok. Bahkan mereka sudah merancang tindakan lebih berat atas Haji Sulong. Kebetulan saat itu perkembangan politik di Tanah Melayu sedang dalam proses menuntut kemerdekaan daripada Inggris.
Haji Sulong dipanggil Kolonel Bunlert Lert Paricha, Ketua Polisi Songkhla. Tanggal 13 Agustus 1954 bersama Wan Seman Muhamad, Che Ishak Yusof dan Ahmad Haji Sulong berangkat dengan mobil dari Pattani ke Songkhla. Beberrepa hari selepas itu, terdengar berita kehilangan Haji Sulong dan kawan-kawannya. Haji Sulong hilang secara misterius, menambahkan ketegangan politik di empat Wilayah tersebut. Umat Islam meyakini Haji Sulong dan mereka yang bersamanya dibunuh oleh aparat Songkhla.
Haji Sulong disifatkan sebagai ulama dan mujahid besar Bumi Pattani. Kehilangan beliau menambahkan simpati umat Islam dan marah serta kebencian kepada pemerintah Thai hingga hari ini.
Cucu Haji Sulong Surin Pitsuwan, pernah menjadi menteri luar Thailand dan Sekretaris Jenderal ASIAN dalam sebuah tulisannya beliau menjelaskan: “Haji Sulong sebagai ulama dan pemimpin perjuangan yang berjuang mewujudkan identitas bagi masyarakat Islam. Lantaran itu, setiap pergerakan perjuangan yang ada sekarang adalah sebagai simbol pemimpin perjuangan Pattani.”
Haji Sulong lahir di Pattani tahun 1895. Mendapat pendidikan awal di pondok Tok Guru Wan Musa (ayah beliau). Ketika usia 12 tahun, beliau mencari ilmu di Makkah. Tahun 1927 pulang ke tanah air. Pada 1929 beliau membuka Madarasah Al-Maarif Al Wataniah Al Patoni.*
Penulis seniman yang banyak menghasilkan kartun-kartun politik. Dimuat di berbagi media di Malaysia