Ketua Pembangunan dan Bantuan Kemanusiaan, Uni Eropa, Poul Nielson mengatakan, Amerika Searikat (AS) ingin menguasai minyak Iraq dan kini tengah berusaha untuk menjadi anggota Pesatuan Negara-Negara Pengekspor Minyak (OPEC).
“Mereka (AS) akan menguasai minyak (Iraq),” katanya pada stasiun radio DR di Denmark seusai kembali dari lawatannya ke Iraq, kemarin.
“Saya fikir AS sedang menuju ke arah menjadi anggota OPEC.”
Niesol juga menyatakan, AS dan Inggris, kini tengah amemperkenalkan draf resolusi Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) yang akan menghapuskan program penjualan minyak untuk makanan (oil fo food).
Program penjualan minyak untuk makanan adalah membolehkan Iraq menjual minyaknya untuk membeli segala keperluan kemanusiaan.
Draf resolusi yang akan bawa di PBB itu akan melepas semua sanksi PBB selama 12 tahun atas Iraq dan membolehkan AS dan Inggris menguasai hasil minyak Iraq selama sekurang-kurangnya setahun.
Di bawah draf itu, pendapatan hasil jualan minyak Iraq akan disimpan di dalam `Dana Bantuan Iraq’ bagi tujuan kemanusiaan dan pembangunan, yang akan pantau oleh Bank Pusat Iraq.
Saat ini dana itu setahkan oleh pejabat AS, Peter McPherson.
Nielson juga mengatakan, dia tidak meyakini AS akan pergi dari kawasan itu setelah menggulingkan Saddam Hussein. Sebab menurutnya, Iraq adalah negara yang memiliki simpanan minyak teresar kedua di dunia setelah Arab Saudi.
“Tidak jelas apa yang akan dilakukan oleh pihak Amerika. Mereka mungkin tidak menarik pasukan mereka dengan segera,” katanya.
“Terdapat petunjuk jelas untuk tidak memberikan PBB peranan besar, peranan yang digariskan dengan jelas oleh undang-undang atau dalam konteks membangunkan kembali Iraq selepas jatuhnya Saddam,” jelasnya pada Reuters.