Hidayatullah.com–Seperti dimuat di beberapa media Inggris, di Scotland semalam, Dr Adnan, yang menjabat Ketua Majelis Penguasa Iraq yang didukung AS itu membayangkan bahwa rakyat Iraq mungkin akan mengangkat senjata menentang AS.
Hanya dua minggu majelis selepas AS mewujudkan perintahan boneka baru, Dr Adnan yang tengah berada di London dalam perjalanan ke Baghdad selepas menyampaikan ucapan di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York – menyuarakan kritikannya terhadap ‘peranan’ AS di Iraq.
Mengomentari mengenai kematian Uday dan Qusay selepas serangan tentera AS di Mosul, dia mengatakan, “Rejim sebelum ini adalah berasaskan kepada keluarga Saddam. Jadi, dengan pembunuhan dua anak lelakinya bermakna leher sudah dikerat. Tapi kami lebih suka sekiranya mereka ditangkap. Pembunuhan bukan pilihan kami.”
Menurut Adnan, pemerintah baru Iraq lebih berkenaan membentuk lembaga pengadilan (tribunal) sendiri guna membicarakan anggota dan pendukung bekas rezim Saddam katanya.
Dr Adnan, adalah calon pemimpin pilihan AS, mulai berhasrat untuk mengadakan pilihan umum tahun depan dan berharap memenangkannya menjadi Perdana Menteri.
“Selepas tiga peperangan, rakyat Iraq sudah penat dan kami tidak mau memulai satu lagi peperangan,” katanya.
Adnan sadar hubungan dengan AS mungkin akan turut menggugat nyawanya terutama di kalangan pemilih Iraq.
Bagaimanapun, guna mencuri perhatian rakyat Iraq, Dr Adnan mengatakan tidak mengikut kemauan AS dan Inggris dengan merujuk kehadiran tentera mereka di Iraq sebagai ‘pihak sekutu yang berkuasa’.
Pria berusia 80 tahun ini adalah bekas menteri luar negeri sebelum zaman Saddam dan menetap lama di Abu Dhabi selama 30 tahun. Bersama Ketua Kongres Nasional Rakyat Iraq, Ahmed Chalabi, Adnan dikatakan sebagai tokoh boneh yang didukung AS dan Pentagon. (afp/bh)