Kedua negara itu juga sedang mengkaji semula fungsi ulama di negara masing-masing. Pejabat di Mesir dan Arab Saudi mengakui AS telah mendesak mereka supaya merombak sistem pembelajaran Islam selepas serangan atas New York dan Washington pada 11 September 2001, yang menurutnya dilakukan rangkaian al-Qaidah.
Beberapa saat lalu, 15 hingga 19 penyerang berani mati AS telah menyerang Arab Saudi .
Sumber diplomatik mengatakan, serangan berani mati di Casablanca dan Riyadh minggu lalu telah menggemparkan rejim Arab yang selama ini telah menjadi sekutu AS.
Di Arab Saudi, pejabat mengesahkan, operasi besar-besaran dilakukan bagi memantau dan memeriksa penceramah. Mereka berkata, tidak kurang 1000 khatib dan pegawai masjid lain dilaporkan dipecat sejak tahun lalu.
Di Mesir, usaha serupa telah dilancarkan sejak dua bulan lalu. Sumber diplomatik Arab mengatakan, ulama anti-Barat dipecat atau dilarang berceramah di depan TV atau radio.
Pejabat Mesir, Mahmoud Hamedi Zaqzouq, mengatakan kementeriannya sudah mulai memantau semua khutbah di masjid milik pemerintahan.
Dalam sebuah seminar di Riyadh, Mahmoud Hamedi Zaqzouq itu mengatakan dirinya sedang membicarakan kurikulum pembelajaran Islam di 13 negara Islam di Asia Barat, Asia, Eropa dan AS.
Bulan Maretlalu, ulama Mesir mendesak umat Islam sedunia melancarkan jihad menentang AS dan sekutunya karena melancarkan serangan ke atas Iraq dan Israel yang telah menindas Palestina.
Kemarin, Arab Saudi turut mengadakan seminar bertajuk `Kurikulum: Prinsip dan Asas ’ yang dipengerusikan Menteri Pendidikan Tinggi, guna merombak kurikulum Islam.
Kabar berita ini sekaligus menunjukkan bila Saudi dan Mesir merupakan salah satui negara berpenduduk muslim yang masih setia dan taat pada kepentingan penjajah AS walau harus mengorbankan perasaan warganya sendiri. (bh/cha)